PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SKUJ dengan penuh tekad dan iltizam
BERIKRAR dan BERJANJI
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
Membentuk dan melahirkan warga Negara
yang selaras dengan matlamat dan
Falasafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
Mengurus dan melaksanakan segala tugas dan amanah
yang dipertanggungjawab
secara professional dan cemerlang.
Merancang dan mengelola
segala aktiviti yang diamanahkan secara sedar
untuk meningkatkan prestasi para pelajar.
Mewujudkan hubungan mesra,
hormat menghormati dan bantu membantu
di kalangan warga sekolah dengan ibubapa.
Membimbing para pelajar secara adil dan saksama
tanpa mengira latar belakang sosio – ekonomi
untuk mencapai kecemerlangan.
Sedia menerima cadangan dan pandangan yang positif
untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan
dan kecemerlangan pendidikan di sekolah.