PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SKUJ dengan penuh tekad dan iltizam
BERIKRAR dan BERJANJI
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :


Membentuk dan melahirkan warga Negara 
yang selaras dengan matlamat dan 
Falasafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
Mengurus dan melaksanakan segala tugas dan amanah 
yang dipertanggungjawab 
secara professional dan cemerlang.
Merancang dan mengelola 
segala aktiviti yang diamanahkan secara sedar 
untuk meningkatkan prestasi para pelajar.


Mewujudkan hubungan mesra,
hormat menghormati dan bantu membantu   
di kalangan warga sekolah dengan ibubapa.
Membimbing para pelajar secara adil dan saksama 
tanpa mengira latar belakang sosio – ekonomi 
untuk mencapai kecemerlangan.

Sedia menerima cadangan dan pandangan yang positif 
untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan 
dan kecemerlangan pendidikan di sekolah.

Taqwim 2011

Hargailah Masa Kita

Masa Itu Emas

Jom klik sini TAQWIM 2011

Ceramah Motivasi Murid

Ceramah Motivasi Murid
yang diadakan pada tanggal 24 Mac 2011




Matlamat program ini diadakan adalah bertujuan melahirkan 
murid-murid yang sentiasa bermotivasi tinggi di samping
penerapan nilai-nilai Islamisasi dalam merealisasikan
matlamat yang menjana kualiti modal insan.
Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Ustaz
Norazman Bin Mohamad Imam Masjid Ampangan.
                                









Program Nilam

Sudut bacaan juga diwujudkan di kantin 
bagi menyemai sikap suka membaca 
dalam kalangan murid-murid SKUJ. 
Bahan-bahan bacaan yang disediakan di kantin 
akan dipantau oleh Panitia Bahasa Melayu 
dari semasa ke semasa.

UJIAN BULANAN

Ujian bulan Februari 2011 tahun telah  diadakan 
pada 28 hingga 4 Feb 2011
Semua murid telah bersedia 
bagi menghadapi peperiksaan ini 
bagi menentukan kecemerlangan mereka dalam pelajaran.
Pada 25 April hingga 4 Mei 2001 akan diadakan pula ujian
bulan April.  Semua guru berharap murid-murid telah bersedia
menghadapi ujian itu.

Program amalan mulia

Minggu amalan mulia telah diperkenalkan oleh unit bimbingan dan kaunseling SKUJ
pada bulan Mac 2011.
Pada minggu pertama dijalankan amalan memberi salam.
Pada minggu kedua dijalankan amalan beratur .
Pada Minggu ketiga dijalankan amalan menjaga kebersihan sekolah dan persekitaran.
Pada minggu keempat dijalankan amalan menghormati orang

Sekolah Kebangsaan Undang Johol

MISI SEKOLAH
Memberi pendidikan berkualiti bagi
melahirkan generasi yang cemerlang
menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Undang Johol akan
Menjadi sebuah Sekolah Terbilang di
Peringkat Negeri menjelang Tahun 2013.