Bengkel Sains

Pada 26 April 2011 satu bengkel Sains telah diadakan oleh Panitia Sains SKUJ.  Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknik menjawab soalan Sains terutama bahagian B.  Panitia Sains telah menjemput penceramah Sains dari SK Yam Tuan Antah iaitu En.Zulkefli b. Ismail (guru cemerlang) .  Semua murid tahun 6 dan guru Sains SKUJ bersama-sama mendengar ceramah yang disampaikan. 










MATLAMAT PSS

1.  MENINGKATKAN TARAF PELAJARAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK.
2.  MENGGALAKKAN TABIAT MEMBACA, BELAJAR SENDIRI, TABIAT INGIN TAHU DAN 
     BERTANYA DALAM KALANGAN MURID-MURID MELALUI PENGGUNAAN BAHAN DI 
     PSS.
3.  MEMBANTU SEMUA GURU DAN MURID DALAM USAHA MENGHASILKAN BERBAGAI
     ALAT DAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
4.  MELAHIRKAN GURU DAN MURID YANG CELIK IT.
5.  MENYEDIAKAN KEMAHIRAN BELAJAR KEPADA MURID UNTUK PERSEDIAAN KE 
     SEKOLAH MENENGAH.

PEMERIKSAAN KESIHATAN



Pemeriksaan kesihatan telah dijalankan kepada murid-murid tahun 1 dan tahun 6 oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah pada 20 dan 21 April 2011.  Murid-murid tahun 1 diberi suntikan sementara murid-murid tahun 6 dilakukan pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan mata.

JOY 4

Panitia Bahasa Inggeris telah menghasilkan Joy 4 yang bertujuan menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris menyeronokkan.  Joy Projek yang telah dimulakan pada tahun 1999 telah meningkatkan pencapaian B.Inggeris dalam peperiksaan UPSR.

ENGLISH MONTH

Panitia B.Inggeris telah mengadakan bulan Bahasa Inggeris sepanjang bulan April ini. Pelbagai aktiviti telah dan sedang dijalankan .  Pada 20 April 2011 telah diadakan pertandingan mendeklamasikan sajak bagi murid-murid tahap 2.  Murid-murid begitu teruja dan bersemangat semasa pertandingan itu diadakan.  Pertandingan ini dijalankan semasa Laluan Iqra dan waktu kokurikulum setiap Rabu.  Pada minggu hadapan akan diadakan pertandingan group singing antara kelas.

SEJARAH PSS

PSS SKUJ telah ditubuhkan pada 1986.  Sejak dari tarikh keramat itu Pusat Sumber telah mula mengorak langkah yang positif mengikut kemampuan tenaga kerjanya.

Terhasilnya blog sekolah ini menandakan satu era perubahan dalam menuju kecemerlangan sekolah.

Adalah diharapkan, terbitnya blog ini dapat memberi manfaat kepada semua guru dan warga sekolah ketika menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Pusat sumber memberikan perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan falsafah Pendidikan Negara yang menekankan perkembangan pelajar secara holistic.

Pusat sunber ini pernah melakar kecemerlangan di peringkat negeri apabila dinobatkan sebagai johan pertandingan Pusat Sumber Peringkat Negeri badi kategori sekolah gred B pada tahun 1995.Dalam tahun berikutnya pula PSS SKUJ sekali lagi menjadi johan dalam Pertandingan Pusat Sumber Sekolah (1996).

 




BENGKEL PEMURNIAN BLOG

Satu bengkel pemurnian blog telah diadakan pada 20 April 2011di PKG Johol untuk guru-guru GPM di bawah PKG Johol. GPM telah didedahkan dengan cara membina blog yang baru.  Setiap GPM telah di diedarkan handout langkah-langkah penghasilan blog.

BENGKEL MATEMATIK UPSR

Pada 20 April 2011 Panitia Matematik telah mengadakan bengkel Matematik untuk pelajar-pelajar tahun 6 bagi menghadapi UPSR.  Pn.Yusniati selaku ketua panitia Matematik telah menyampaikan ceramah semasa bengkel tersebut.  Murid-murid didedahkan teknik-teknik menjawab soalan dan cara markah diperoleh.






TAHNIAH!!!

Pasukan Bahas Bahasa Melayu SKUJ telah menjadi johan Peringkat Daerah
Kuala Pilah.pada 5 April 2011 di sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh.

Pasukan Bahas diwakili :  Pembahas pertama
                                       Tahqifah Amni Bt Abu Bakar 
                                      
                                       Pembahas kedua
                                       Nurshuhada Amira Bt Khairulazman

                                       Pembahas ketiga
                                       Nurhanis Auni Bt Fikri