LDP KSSR TAHUN 3

LDP KSSR TAHUN 3 TELAH DIJALANKAN PADA 12 DAN 13 NOVEMBER 2012 DI MAKMAL KOMPUTER SKUJ. SEMUA GURU DIWAJIBKAN HADIR . SEMUA GURU MENDAPAT INPUT DARIPADA LDP YANG DIJALANKAN OLEH GURU-GURU YANG TELAH MENGHADIRI KURSUS KSSR TAHUN INI.

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA PIHAK BOMBA DAERAH KUALA PILAH

TARIKH: 2 OKTOBER 2012 MASA : 9.00 PAGI TEMPAT: PADANG SKUJ ANJURAN: UNIT KESELAMATAN DAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA DAERAH KUALA PILAH.

KELAB DOKTOR MUDA

Pada 1 Ogos 2012, doktor daripada Hospita Tuanku Ampuan Najihah telah mengadakan ssi ceramah kepada ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Undang Johol.

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1433H

Sepanjang bulan Ramadhan , Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan pelbagai program bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini. Sepanjang bulan ini diadakan tadarus Al-Quran bagi semua murid tahap 2. Selain daripada itu kuiz juga diadakan semasa Laluan Iqra. Sembahyang jemaah pula diadakan pada setiap hari Rabu. Disamping itu juga diadakan pertandingan menulis jawi, khat jawi dan kuiz bahasa Arab. Acara kemuncaknya diadakan majlis khatam Al-Quran pada 15 Ogos 2012 bertempat di Dewan terbuka SKUJ. Peserta-peserta yang memenangi pertandingan yang dijalankan pada bulan Ramadhan diberikan hadiah.

SKUJ TUAN RUMAH KNOWLEDGE SPELLING DAERAH KUALA PILAH.

Pertandingan Knowledge Spelling peringkat darah Kuala Pilah telah diadakan pada 19 Jun 2012 di SKUJ. Sebanyak 36 buah sekolah menyertai pertandingan itu.




CERAMAH KESIHATAN LUAK JOHOL

Satu ceramah kesihatan Luak Johol telah diadakan di SKUJ. Ceramah yang disampaikan berkaitan dengan bahaya merokok. Seramai 200 orang murid terlibat dalam program ini. Murid-murid diberi penerangan oleh penceramah dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah. Selain ceramah ,terdapat juga pameran berkaitan bahaya merokok di Dewan terbuka SKUJ. Guru-guru pengiring yang hadir di beri pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh jururawat dari Pusat Kesihatan Johol. Semua orang disarankan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesihatan .







SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SKUJ telah mengadakan sambutan hari guru pada 16 Mei 2012. Pelbagai program telah dijalankan antaranya bacaan perutusan, nyanyian, pertandingan bola jaring dan permainan bola tampar ,Bacaan Yassin

serta jamuan.

GURU INOVATIF MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA



GOTONG-ROYONG PSS SKUJ

Gotong-royong membersihkan dan menceriakan PSS telah diadakan pada 12 Mei 2012. Semua mrid tahap 2 telah menyertai gotong-royong ini. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan di bantu oleh guru-guru.




PROGRAM PUAS

Pada 19 Mei 2012 yang lalu, Program Pusat Akses Dalam Komuniti(PUAS) telah diadakan di SK Nuri. Program ini anjuran Majlis Permuafakatan Guru-Guru Besar Luak Johol bersama Pusat Kegiatan Guru Kawasan Johol. Program PUAS ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj.Hassan b Malek. Sebanyak 12 kiosk telah beroperasi bagi memberikan maklumat kepada komuniti yang hadir tentang fungsi pusat akses. Tahniah diucapkan kepada SK Undang Johol kerana telah menjadi johan pertandingan kiosk terbaik semasa majlis itu.

MOTIVASI SIRI 2

Pada 11 Mei 2012 (Jumaat) SKUJ telah mengadakan program motivasi siri 2 telah diadakan untuk murid-murid tahun enam. Program ini diadakan sejajar dengan Program Titian Cemerlang yang khusus untuk meningkatkan kecemerlangan UPSR tahun 2012. Ceramah motivasi kali ini telah disampaikan oleh En.Abdul Fatah bin Ridzuan, bekas peserta Imam Muda siri 2. Ceramah yang disampaikan berkaitan dengan mencari kecemerlangan dalam diri.

ZOOM-A

MURID-MURID TAHUN 6 MENGGUNAKAN MASA TERLUANG DENGAN MELAYARI PEMBELAJARAN INTERAKTIF ZOOM-A BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MEREKA DALAM MATA PELAJARAN.



SELAMAT HARI IBU

                             IBU ENGKAULAH RATU HATIKU

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU PADA 13 MEI 2012

KEPADA SEMUA

HARGAILAH JASA IBU

HARGAILAH MASA BERKUALITI BERSAMA IBU

 


SELAMAT HARI GURU 2012

SELAMAT HARI GURU GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA GURU....DALAM AJARMU ADA HARAPAN, DALAM MARAHMU ADA SAYANG, DALAM TAWAMU ADA MESRANYA, DALAM DIAMMU ADA BIJAKSANA. BERBAHAGIALAH MENJADI GURU....SENTIASA TABAH MENDIDIK ANAK BANGSAMU DENGAN HATI YANG IKHLAS

KAMI JUARA RAGBI MSSM N.SEMBILAN KALI KE-5

Pasukan ragbi SKUJ telah menjadi johan cup dalam kejohanan ragbi bawah 12 tahun MSSM Negeri Sembilan 2012 buat kali ke-5. Kejohanan ragbi ini diadakan pada 4 hiingga 6 April 2012 yang lalu bertempat di SK Senawang ,Seremban. Pasukan ragbi SKUJ di latih oleh En.Raimie Mansor. Latihan yang berterusan sepanjang tahun menjadikan SKUJ sebuah pasukan yang digeruni oleh pihak lawan.

KURSUS KEPIMPINAN SIRI 1

Pada 25 April 2012 yang lalu, Unit Bimbingan Kaunseling SKUJ telah mengadakan satu kursus kepimpinan. Semua pengawas SKUJ dan semua ketua kelas telah mengikuti kursus kepimpinan ini. Seorang penceramah jemputan iaitu En.Muhd Zuwairi Muzri Adha bin Ibrahim, kaunselor dari SK Tunku Besar Tampin telah mengendalikan kursus ini. Pihak sekolah berharap kursus kepimpinan yang diadakan ini dapat meningkatkan kepemimpinan murid-murid dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.