PROGRAM PUAS

Pada 19 Mei 2012 yang lalu, Program Pusat Akses Dalam Komuniti(PUAS) telah diadakan di SK Nuri. Program ini anjuran Majlis Permuafakatan Guru-Guru Besar Luak Johol bersama Pusat Kegiatan Guru Kawasan Johol. Program PUAS ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj.Hassan b Malek. Sebanyak 12 kiosk telah beroperasi bagi memberikan maklumat kepada komuniti yang hadir tentang fungsi pusat akses. Tahniah diucapkan kepada SK Undang Johol kerana telah menjadi johan pertandingan kiosk terbaik semasa majlis itu.

MOTIVASI SIRI 2

Pada 11 Mei 2012 (Jumaat) SKUJ telah mengadakan program motivasi siri 2 telah diadakan untuk murid-murid tahun enam. Program ini diadakan sejajar dengan Program Titian Cemerlang yang khusus untuk meningkatkan kecemerlangan UPSR tahun 2012. Ceramah motivasi kali ini telah disampaikan oleh En.Abdul Fatah bin Ridzuan, bekas peserta Imam Muda siri 2. Ceramah yang disampaikan berkaitan dengan mencari kecemerlangan dalam diri.

ZOOM-A

MURID-MURID TAHUN 6 MENGGUNAKAN MASA TERLUANG DENGAN MELAYARI PEMBELAJARAN INTERAKTIF ZOOM-A BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MEREKA DALAM MATA PELAJARAN.



SELAMAT HARI IBU

                             IBU ENGKAULAH RATU HATIKU

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU PADA 13 MEI 2012

KEPADA SEMUA

HARGAILAH JASA IBU

HARGAILAH MASA BERKUALITI BERSAMA IBU

 


SELAMAT HARI GURU 2012

SELAMAT HARI GURU GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA GURU....DALAM AJARMU ADA HARAPAN, DALAM MARAHMU ADA SAYANG, DALAM TAWAMU ADA MESRANYA, DALAM DIAMMU ADA BIJAKSANA. BERBAHAGIALAH MENJADI GURU....SENTIASA TABAH MENDIDIK ANAK BANGSAMU DENGAN HATI YANG IKHLAS

KAMI JUARA RAGBI MSSM N.SEMBILAN KALI KE-5

Pasukan ragbi SKUJ telah menjadi johan cup dalam kejohanan ragbi bawah 12 tahun MSSM Negeri Sembilan 2012 buat kali ke-5. Kejohanan ragbi ini diadakan pada 4 hiingga 6 April 2012 yang lalu bertempat di SK Senawang ,Seremban. Pasukan ragbi SKUJ di latih oleh En.Raimie Mansor. Latihan yang berterusan sepanjang tahun menjadikan SKUJ sebuah pasukan yang digeruni oleh pihak lawan.

KURSUS KEPIMPINAN SIRI 1

Pada 25 April 2012 yang lalu, Unit Bimbingan Kaunseling SKUJ telah mengadakan satu kursus kepimpinan. Semua pengawas SKUJ dan semua ketua kelas telah mengikuti kursus kepimpinan ini. Seorang penceramah jemputan iaitu En.Muhd Zuwairi Muzri Adha bin Ibrahim, kaunselor dari SK Tunku Besar Tampin telah mengendalikan kursus ini. Pihak sekolah berharap kursus kepimpinan yang diadakan ini dapat meningkatkan kepemimpinan murid-murid dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.