LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA PIHAK BOMBA DAERAH KUALA PILAH

TARIKH: 2 OKTOBER 2012 MASA : 9.00 PAGI TEMPAT: PADANG SKUJ ANJURAN: UNIT KESELAMATAN DAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA DAERAH KUALA PILAH.

KELAB DOKTOR MUDA

Pada 1 Ogos 2012, doktor daripada Hospita Tuanku Ampuan Najihah telah mengadakan ssi ceramah kepada ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Undang Johol.

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1433H

Sepanjang bulan Ramadhan , Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan pelbagai program bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini. Sepanjang bulan ini diadakan tadarus Al-Quran bagi semua murid tahap 2. Selain daripada itu kuiz juga diadakan semasa Laluan Iqra. Sembahyang jemaah pula diadakan pada setiap hari Rabu. Disamping itu juga diadakan pertandingan menulis jawi, khat jawi dan kuiz bahasa Arab. Acara kemuncaknya diadakan majlis khatam Al-Quran pada 15 Ogos 2012 bertempat di Dewan terbuka SKUJ. Peserta-peserta yang memenangi pertandingan yang dijalankan pada bulan Ramadhan diberikan hadiah.