RAWATAN KESIHATAN PERGIGIAN 2012

Sepanjang bulan Mac Klinik Pergigian Johol telah mengadakan pemeriksaan rawatan pergigian untuk semua murid SKUJ. Selain daripada rawatan pergigian ,murid-murid juga diberikan ceramah berkaitan penjagaan gigi yang betul dan demonstrasi memberus gigi dengan betul.


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33



Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 telah diadakan pada 23 Mac 2012 bertempat di
Dewan terbuka SKUJ . Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato'Haji Hasan
bin Malek, DMSM,DSNS,JP,DSM,KMN,AMN,PMC,PJK,BKC ,Timbalan Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah Merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.



CERAMAH MOTIVASI JATI DIRI

Unit Bimbingan dan Kaunseling SKUJ telah mengadakan satu ceramah motivasi jati diri pada 22 Mac 2012 bertempat di Dewan SKUJ. Murid-murid tahun 3, 4,5 dan 6 terlibat dalam ceramah tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh En.Khairul Nizar b Mohd Saleh daripada MAINS cawangan Rembau. Ceramah yang disampaikan berkisar tentang 'Bagaimana menjadi pelajar cemerlang'

MESYUARAT AJK PIBG

MESYUARAT AJK PIBG TELAH DIADAKAN PADA 9 MAC 2012 BAGI MEMBINCANGKAN MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 23 MAC INI.


SUASANA PEJABAT YANG KONDUSIF




KITA MINUM MILO DULU



Murid-murid SKUJ gembira dapat minum milo percuma pada 7 Mac 2012.  Diharapkan  murid-murid SKUJ cemerlang dalam segala bidang yang diceburi.

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

Pihak sekolah  telah melancarkan program sekolah penyayang.  Aktiviti yang terdapat dalam program ini ialah mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah , keselamatan murid-murid, meraikan hari lahir murid dan program mentor mentee. Keselamatan murid menjadi keutamaan pihak sekolah . Oleh itu En.Abd.Malek bin Rashid telah ditugaskan memastikan keselamatan murid semasa datang dan balik sekolah.

Bulan Amalan Mulia

Pada 5 Mac 2012 Unit Bimbingan Kaunseling SKUJ melancarkan Bulan Amalan Mulia. Minggu pertama bulan Mac dilancarkan Budaya Ucap Salam. Dalam ucapan perasmiannya Pn.Guru Besar berharap warga SKUJ dapat menanamkan budaya Ucap Salam dalam diri masing-masing.