LDP KSSR TAHUN 3 TELAH DIJALANKAN PADA 12 DAN 13 NOVEMBER 2012 DI MAKMAL KOMPUTER SKUJ. SEMUA GURU DIWAJIBKAN HADIR . SEMUA GURU MENDAPAT INPUT DARIPADA LDP YANG DIJALANKAN OLEH GURU-GURU YANG TELAH MENGHADIRI KURSUS KSSR TAHUN INI.
LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA PIHAK BOMBA DAERAH KUALA PILAH
TARIKH: 2 OKTOBER 2012
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT: PADANG SKUJ
ANJURAN: UNIT KESELAMATAN DAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA DAERAH KUALA PILAH.
KELAB DOKTOR MUDA
Pada 1 Ogos 2012, doktor daripada Hospita Tuanku Ampuan Najihah telah mengadakan ssi ceramah kepada ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Undang Johol.
PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1433H
Sepanjang bulan Ramadhan , Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan pelbagai program bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini. Sepanjang bulan ini diadakan tadarus Al-Quran bagi semua murid tahap 2. Selain daripada itu kuiz juga diadakan semasa Laluan Iqra. Sembahyang jemaah pula diadakan pada setiap hari Rabu. Disamping itu juga diadakan pertandingan menulis jawi, khat jawi dan kuiz bahasa Arab. Acara kemuncaknya diadakan majlis khatam Al-Quran pada 15 Ogos 2012 bertempat di Dewan terbuka SKUJ. Peserta-peserta yang memenangi pertandingan yang dijalankan pada bulan Ramadhan diberikan hadiah.
SKUJ TUAN RUMAH KNOWLEDGE SPELLING DAERAH KUALA PILAH.
CERAMAH KESIHATAN LUAK JOHOL
Satu ceramah kesihatan Luak Johol telah diadakan di SKUJ. Ceramah yang disampaikan berkaitan dengan bahaya merokok. Seramai 200 orang murid terlibat dalam program ini. Murid-murid diberi penerangan oleh penceramah dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah. Selain ceramah ,terdapat juga pameran berkaitan bahaya merokok di Dewan terbuka SKUJ. Guru-guru pengiring yang hadir di beri pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh jururawat dari Pusat Kesihatan Johol. Semua orang disarankan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesihatan .



SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
GOTONG-ROYONG PSS SKUJ
PROGRAM PUAS
MOTIVASI SIRI 2
Pada 11 Mei 2012 (Jumaat) SKUJ telah mengadakan program motivasi siri 2 telah diadakan untuk murid-murid tahun enam. Program ini diadakan sejajar dengan Program Titian Cemerlang yang khusus untuk meningkatkan kecemerlangan UPSR tahun 2012. Ceramah motivasi kali ini telah disampaikan oleh En.Abdul Fatah bin Ridzuan, bekas peserta Imam Muda siri 2. Ceramah yang disampaikan berkaitan dengan mencari kecemerlangan dalam diri.
ZOOM-A
MURID-MURID TAHUN 6 MENGGUNAKAN MASA TERLUANG DENGAN MELAYARI PEMBELAJARAN INTERAKTIF ZOOM-A BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MEREKA DALAM MATA PELAJARAN.
SELAMAT HARI IBU
IBU ENGKAULAH RATU HATIKU
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU PADA 13 MEI 2012
KEPADA SEMUA
HARGAILAH JASA IBU
HARGAILAH MASA BERKUALITI BERSAMA IBU
SELAMAT HARI GURU 2012
SELAMAT HARI GURU
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
GURU....DALAM AJARMU ADA HARAPAN, DALAM MARAHMU ADA SAYANG, DALAM TAWAMU ADA MESRANYA, DALAM DIAMMU ADA BIJAKSANA. BERBAHAGIALAH MENJADI GURU....SENTIASA TABAH MENDIDIK ANAK BANGSAMU DENGAN HATI YANG IKHLAS
KAMI JUARA RAGBI MSSM N.SEMBILAN KALI KE-5
Pasukan ragbi SKUJ telah menjadi johan cup dalam kejohanan ragbi bawah 12 tahun MSSM Negeri Sembilan 2012 buat kali ke-5. Kejohanan ragbi ini diadakan pada 4 hiingga 6 April 2012 yang lalu bertempat di SK Senawang ,Seremban. Pasukan ragbi SKUJ di latih oleh En.Raimie Mansor. Latihan yang berterusan sepanjang tahun menjadikan SKUJ sebuah pasukan yang digeruni oleh pihak lawan.
KURSUS KEPIMPINAN SIRI 1
Pada 25 April 2012 yang lalu, Unit Bimbingan Kaunseling SKUJ telah mengadakan satu kursus kepimpinan. Semua pengawas SKUJ dan semua ketua kelas telah mengikuti kursus kepimpinan ini. Seorang penceramah jemputan iaitu En.Muhd Zuwairi Muzri Adha bin Ibrahim, kaunselor dari SK Tunku Besar Tampin telah mengendalikan kursus ini. Pihak sekolah berharap kursus kepimpinan yang diadakan ini dapat meningkatkan kepemimpinan murid-murid dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.