Showing posts with label Buletin. Show all posts
Showing posts with label Buletin. Show all posts

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33



Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 telah diadakan pada 23 Mac 2012 bertempat di
Dewan terbuka SKUJ . Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato'Haji Hasan
bin Malek, DMSM,DSNS,JP,DSM,KMN,AMN,PMC,PJK,BKC ,Timbalan Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah Merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.



MESYUARAT AJK PIBG

MESYUARAT AJK PIBG TELAH DIADAKAN PADA 9 MAC 2012 BAGI MEMBINCANGKAN MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 23 MAC INI.


SUASANA PEJABAT YANG KONDUSIF




KITA MINUM MILO DULU



Murid-murid SKUJ gembira dapat minum milo percuma pada 7 Mac 2012.  Diharapkan  murid-murid SKUJ cemerlang dalam segala bidang yang diceburi.

SAMBUTAN HARI GURU 2011

Tanggal 16 Mei 2011, warga SKUJ mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah.  Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan sambutan pada hari tersebut. Setelah selesai perhimpunan rasmi, acara diteruskan dengan bacaan perutusan dan nyanyian lagu Guru Malaysia.  Guru Penjana Transformasi Pendidikan itulan tema hari guru tahun ini. Antara acara yang diadakan ialah permainan bola jaring, permainan bola tampar, pertandingan mewarna dan persembahan oleh murid-murid.









PEMERIKSAAN KESIHATAN



Pemeriksaan kesihatan telah dijalankan kepada murid-murid tahun 1 dan tahun 6 oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah pada 20 dan 21 April 2011.  Murid-murid tahun 1 diberi suntikan sementara murid-murid tahun 6 dilakukan pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan mata.

TAHNIAH!!!

Pasukan Bahas Bahasa Melayu SKUJ telah menjadi johan Peringkat Daerah
Kuala Pilah.pada 5 April 2011 di sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh.

Pasukan Bahas diwakili :  Pembahas pertama
                                       Tahqifah Amni Bt Abu Bakar 
                                      
                                       Pembahas kedua
                                       Nurshuhada Amira Bt Khairulazman

                                       Pembahas ketiga
                                       Nurhanis Auni Bt Fikri



UJIAN BULANAN

Ujian bulan Februari 2011 tahun telah  diadakan 
pada 28 hingga 4 Feb 2011
Semua murid telah bersedia 
bagi menghadapi peperiksaan ini 
bagi menentukan kecemerlangan mereka dalam pelajaran.
Pada 25 April hingga 4 Mei 2001 akan diadakan pula ujian
bulan April.  Semua guru berharap murid-murid telah bersedia
menghadapi ujian itu.