LAWATAN KE PETRO SAINS

Panitia Sains SK undang Johol telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Petro Sains dan Pusat Sains pada 18 April yang lalu. Lawatan ini disertai seramai 80 orang pelajar dan 7 orang guru pengiring. Lawatan yang diadakan dapat memberi pengetahuan yang berguna kepada murid-murid tentang dunia Sains. Selain itu murid-murid yang mengikuti lawatan dapat mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh Pihak Petro Sains dan Pusat Sains.

BOLA BALING SKUJ

Pada 18 dan 19 April 2012, pasukan bola baling SKUJ (perempuan ) telah memasuki pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Kuala Pilah. Pasukan SKUJ telah berjaya mendapat tempat ketiga peringkat Daerah Kuala Pilah.Pasukan bola baling ini dilatih oleh Pn.Pakariah , En.Abu Yazid Bustami, dan En.Anuar Dzarif. Syabas diucapkan kepada pasukan Bola Baling SKUJ.

LAWATAN PENANDA ARAS

Pada 21 April 2012 yang lalu, SK Undang Johol bersama SK Ulu Bendul telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Ayer Keroh Melaka. Lawatan ini diadakan bagi mendapatkan maklumat mengenai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). Hal ini kerana, SKUJ dan SK Ulu Bendul telah dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan .

MESYUARAT KURIKULUM KALI KE DUA 2012

Pada 12 April 2012 , mesyuarat kurikulum kali ke dua telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan SKUJ. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah laporan panitia, laporan ujian bulan Mac , laporan PSS dan Laporan Pra Sekolah.


PROGRAM MOTIVASI KEROHANIAN

Satu program Motivasi Kerohanian telah diadakan pada 28 Mac 2012 bertempat di Dewan SKUJ. Semua ibu bapa murid tahun 6 terlibat dalam program ini. Murid-murid tahun 6 juga terlibat dalam program motivasi yang menggandingkan murid dan ibu bapa masing-masing. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Kamal dari Sekolah Kebangsaan Pasoh Tiga. Pihak sekolah berharap motivasi yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada murid dan ibu bapa.